Saturday, June 19, 2010

kemanisan D sebalik musibah...

"Kedukaan sakit akan membawa seseorang itu kepada nikmat yaitu lebih mendekati Allah s.w.t kerana ia akan melatih "kesabaran" dan "mengingati" Allah dengan memohon ampu dariNya..."

Daripada Abu Hurairah dan Abu Sa'id radiallahuanhu : Rasulullah bersabda :

"Tidaklah seseorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah s.w.t akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan - kesalahannya.
(HR. Bukhari)

Orang - orang yang beriman kepada Allah s.w.t yakin bahwa disebalik sesuatu musibah yang berlaku, terdapat kemanisan (hikmah) yang tersurat mahupun yang tersirat. Berlakunya sesuatu musibah ataupun ujian dari Allah walaupun bukan di atas kehendak kita, ianya boleh membuatkan atau memberi impak kepada keinsafan diri dan menculit rasa syukur segala nikmat Allah yang diberikan selama ini telah dikufuri. Malah, boleh mendidik jiwa agar terus individu itu sendiri "taqarrub" kepada Sang Pencipta dengan pelbagai cara yang telah diajari oleh Islam.

Indahnya Islam, halus penilaiannya, agung martabatnya, suci hukumnya, tulus tuntutannya. Sepertimana ayat al-Quran yang termaktub berbunyi
"وما أصبكم من مصبية فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير
"apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka, disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).:.as-Syura 30 .:.

Ayat di atas memberi khabar gembira bahwa musibah yang menimpa boleh menghapuskan dosa-dosa yaitu sebagai pengampunan dan juga memberi ancaman bahwa musibah yang menimpa sebagai suatu bentuk hukuman dari dosa-dosa yang dilakukan.

"Kesabaran" amat penting dalam setiap jiwa-jiwa individu Muslim yang bertaqwa kepada Allah. Apabila seseorang itu bersabar dengan dugaan maka ia akan berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan, petunjuk, dan jalan keluar dari segala kekeliruan. Justeru itu, hatinya mengingati Allah dan sentiasa bertawakal kepadaNya.
Firman Allah :
وإذا أنعمنا على الإنسان أعرض ونئا بجانبه وإذا مسه الشر فذو دعاء عريض
"dan apabila kami memberikan nikmat kepada manusia ia berpaling, dan menjauhkan diri tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa " .:. Fussilat 51.:.




No comments:

Post a Comment